Perbandingan Spesifikasi Siri Nokia 6

219
**********

Nokia Malaysia ada model baru untuk pasaran tempatan yang baru sahaja dilancarkan minggu lepas iaitu Nokia 6.1 Plus. Apa yang menariknya peranti ini, ia hadir dengan paparan skrin takuk yang semakin menjadi trend hari ini. Walaupun agak terlambat, tetapi Nokia 6.1 Plus merupakan telefon pintar versi peningkatan berbanding model sebelum ini.

Selain dikuasakan oleh pemproses 40% lebih pantas berbanding sebelumnya, Nokia 6.1 Plus turut menyokong dwi-kamera 16MP + 5MP dengan sokongan teknologi AI dan mod Bothie. Kepada yang belum tahu, mod ini menyokong rakaman gambar dan video menerusi lensa depan dan belakang secara serentak.

Memfokuskan kepada mereka yang gemarkan permainan mudah alih tetapi memiliki bajet terhad, dalam masa sama inginkan peranti yang menawarkan paparan antaramuka Android asli (Android One).

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here