Perbandingan Harga baharu Pelan jalur Lebar Di malaysia

447
**********

 

Jika beberapa tahun lepas, wujud perbezaan yang sangat ketara dari segi penyediaan jalur lebar di Malaysia dengan negara-negara lain khususnya negara jiran Singapura yang mana Malaysia di lihat jauh kebelakang. Namun semua itu tidak lagi apabila kerajaan telah mengumumkan satu berita baik buat pengguna di Malaysia.

Pada dua hari yang lepas, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo mengumumkan bahawa pengguna internet akan mendapat manfaat setelah berlaku pengurangan sebangak 56 peratus oleh 4 buah syarikat telekomunikasi di malaysia.

4 syarikat yang dimaksudkan adalah Telekom Malaysia (TM), Maxis, TIME dotcom (TIME) dan Celcom.

Pengurangan ini selari dengan perlaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP).

Justeru, kami akan membandingkan harga-harga terbaharu yang disediakan oleh 4 syarikat telekomunikasi bagi memudahkan anda untuk membuat pilihan dalam melanggan pakej internet yang sesuai dengan anda.

Jika dahulu, TM menyediakan pakej untuk 30Mbps pada kadar RM139 namun kini hanya berhara RM79 bagi Unifi Basic Plan. Manakala bagi Unifi Plan 100 Mbps pula hanya RM129.

Bagi Celcom pula, pakej permulaan 40 Mbps selepas MSAP berkurangan kepada RM80 daripada RM180 bagi pakej Home Fibre Gold. Bagi home Fibre Gold Supreme pula ialah RM120 bagi 100Mbps.

Maxis juga turut tidak ketinggalalan apabila menyediakan pakej yang menjimatkan apabila telah menyediakan 30 Mbps pada kadar RM89 bagi Maxis One Home Fibre yang sebelum ini berada pada harga RM139. Manakala untuk 100Mbps pula ialah pada harga RM129.

TIME juga turut menurunkan harganya. Bagi kelajuan 500 Mbps kini berharga RM139 sementara pakej TIME dengan kelajuan 1 gigabit sesaat (Gbps) kini berharga RM199.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here