Pemilik Nokia 6.1 Plus Boleh Mencuba Android Pie Dalam Versi Beta

207
**********
Dari kiri: Nokia 6.1 Plus dan Nokia 5.1 Plus yang dilancarkan serentak untuk pasaran tempatan!

HMD Global baru sahaja melancarkan Nokia 6.1 Plus dan Nokia 5.1 Plus secara rasmi untuk pasaran tempatan pada hujung bulan September 2018 dengan tawaran harga RM1,149 bagi model Nokia 6.1 Plus. Dioperasikan dengan antaramuka Android 8.1 Oreo asli berasaskan platform Android One, Nokia 6.1 Plus menampilkan rekaan skrin bertakuk ini telah dijanjikan dengan sokongan kemas kini berterusan yang lebih cepat.

Terbaru, pemilik Nokia 6.1 Plus sudah boleh mencuba sendiri Android 9.0 Pie, selepas Ketua Pegawai Produk HMD Global, Juho Sarvikas membuat pengumuman rasmi berhubung perkara itu di laman Twitter miliknya.

Peluang baik bagi pengguna Nokia 6.1 Plus yang mana ingin menyertai program khas untuk menjadi salah seorang daripada penguji Android Pie boleh menyertai program ini di sini.

 

Baca juga:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here