Pelanggan Digi Kini Berpeluang Miliki Peranti Android Pada Harga Serendah RM47 Sebulan

490
**********

Digi Telecommunications Sdn Bhd terus-menerus memberi kejutan apabila mengumumkan pelan terbaharu mereka yang menawarkan peluang kepada pelanggannya untuk memiliki pelbagai model telefon pintar Android pada harga serendah RM47 sebulan.

Tawaran menarik ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang telah melanggan pasca bayar Digi selama lebih daripada enam bulan. Tiada bayaran pendahuluan mahupun transaksi kad kredit diperlukan.

Pelanggan hanya perlu memilih pelan peranti dan menandatangani kontrak bulanan selama 24 bulan. Setelah tamat tempoh kontrak, pelanggan boleh menyimpan telefon dan mendaftar untuk tawaran baru.

Pelan ansuran untuk telefon pintar Android telah tersedia bermula pada 4 Oktober dan pelan yang sama untuk model iPhone juga akan tersedia tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Digi.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here