OtterBox Perkenal Koleksi Lengkap iPhone Xs, iPhone Xs Max & iPhone XR

261
**********

Selain LifeProof, Otterbox turut memperkenalkan koleksi lengkap bagi model terbaharu Apple iaitu iPhone Xs, iPhone Xs Max dan iPhone XR yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh pengguna hari ini. Di antara siri terkenal yang diperkenalkan oleh Otterbox adalah Symmetry, Defender, Pursuit, Strada Series Folio, Commuter serta Alpha Glass.

Istimewanya sarung pelindung ini, ia memberikan perlindungan maksimum melalui koleksi lengkap yang tampil dengan pelbagai gaya dan juga tahap perlindungan terbaik melalui pengiktirafan Drop+ Protection yang lebih terjamin.

OtterBox telah memperkenalkan koleksi sebanyak 5 model sarung pelindung dan juga 1 pelindung skrin eksklusif untuk iPhone Xs, iPhone Xs Max dan iPhone XR yang boleh dimiliki pada harga serendah RM129. Walau bagaimanapun, pelindung skrin Alpha Glass untuk model iPhone XR hanya akan diperkenalkan pada masa akan datang.

Symmetry  Ι  RM169 ~ RM239 
Symmetry – iPhone XR
Defender   Ι  RM239 ~ RM289
Defender – iPhone Xs Max
Pursuit   Ι  RM298 ~ RM319
Pursuit – iPhone Xs Max
Strada Series Folio  Ι  RM219 ~ RM259
Strada Series Folio – iPhone Xs Max
Commuter   Ι  RM129 ~ RM169
Commuter – iPhone Xs
Alpha Glass  Ι  RM139 ~ RM159
Alpha Glass – iPhone Xs
 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here