Orang Ramai Digesa Hubungi Penyedia Perkhidmatan Berhubung Kadar Baharu Jalur Lebar

643
- Iklan -

Baru-baru ini, Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengumumkan penurunan harga jalur lebar talian tetap sehingga 56 peratus. Difahamkan, harga baharu tersebut boleh dinikmati oleh semua pelanggan telekomunikasi sedia ada.

Pun begitu, Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) memberitahu bahawa pihaknya menerima pelbagai pertanyaan dan rungutan yang disuarakan oleh orang ramai mengenai maklumat terperinci tawaran baharu tersebut.

Sehubungan itu, CFM menasihatkan orang ramai untuk menghubungi penyedia perkhidmatan masing-masing untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai hal berkenaan.

Antara penyedia perkhidmatan yang terlibat termasuk Celcom, Maxis, TIME, dan TM. CFM juga telah menghimpunkan sejumlah maklumat penting untuk rujukan pengguna mengenai harga baharu internet jalur lebar talian tetap.

Ringkasannya, Celcom menawarkan harga baharu bermula 16 Septermber 2018 untuk pengguna di Sabah sahaja. Bagi pengguna maxis, harga baharu berkuat kuasa mulai 13 September 2018 dan pelanggan boleh menikmatinya sebaik sahaja melanggan kontrak baharu. Untuk TIME dan TM pula, masing-masing mula menawarkan kadar baru pada 7 Okt dan 12 Julai 2018.

Memetik kenyataan yang diterima Celcom, Maxis dan TIME menawarkan pengurangan harga pakej bagi semua pelanggan tersedia. Berbeza pula dengan TM yang mana mereka hanya menawarkan diskaun harga untuk pakej Unifi Basic dan 100mbps sahaja.

Semua pelanggan TM sedia ada akan dinaik taraf kepada kelajuan baru secara automatik namun mereka masih mempunyai pilihan untuk menukar pakej yang dilanggan di mana-mana kedai TMpoint.

Untuk butiran lanjut mengenai semua pakej jalur lebar, sila layari laman rasmi CFM.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here