Oppo Terima Anugerah One To Watch Prize

107
**********

 


Baru-baru ini, Oppo telah menerima 1 anugerah yang berprestij iaitu One To Watch Prize dalam satu majlis TechRadar Mobile Choice Consumer Awards.

Menerusi anugerah ini, Oppo telah membuktikan bahawa mereka merupakan salah satu peneraju dalam jenama telefon pintar di pasaran. Oppo sangat berbangga dengan pengiktirafan yang diberikan yang memaparkan komitmen dalam meneroka teknologi melalui pendekatan rekaan yang berevolusi dan gabung bersama inovasi teknologi.

Pengguna telah memilih Oppo daripada beberapa syarikat pengeluar telefon pintar yang lain. Oppo yang dikatakan jenama yang menjadi trendsetter dan berinovasi telah mengejutkan orang ramai dengan keberaniannya menghasilkan stealth 3D Cameras yang mana merupakan pencapaian teknologi paling penting untuk tahun ini.

Dalam pada itu, Mobile Choice Consumer Awards meraikan yang terbaik dari industri mudah alih sama ada Headset sehingga kepada jenama yang sudah bertapak dalam industri sejak sekian lama. Apa yang menarik pada tahun ini, Mobile Choice Consumer Awards telah bergabung bersama website teknologi yang terkemuka di UK, TechRadar untuk mencapai lebih ramai penonton.

Bagi mendapatkan sebarang maklumat mengenai Oppo, anda bolehlah melayari laman web Oppo .

Baca Juga:

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here