OPPO K1 Kini Rasmi – Sokong Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Super AMOLED 6.4 Inci

153
**********

Sebelum ini kami telah berkongsi dengan anda mengenai OPPO K1 dan seperti yang dijadualkan ianya telahpun diperkenalkan secara rasmi. Apa yang menariknya telefon pintar ini, ia menampilkan paparan skrin Super AMOLED bersaiz 6.4-inci dengan sokongan pengimbas cap jari pada skrinnya.

Dikuasakan pemproses Qualcomm Snapdragon 660 dan diserikan bersama memori RAM 4GB atau 6GB RAM dan storan sebesar 64GB. OPPO K1 turut dibekalkan bateri berkapasiti 3,500mAh serta dioperasikan sisem antaramuka ColorOS 5.2 berasaskan Android 8.1 Oreo.

Sepertimana model sebelum ini, OPPO K1 menawarkan rakaman fotografi dwi-kamera utama 16MP + 2MP di samping pengalaman swafoto daripada kamera depan 25MP. Pemprosesan imej juga dipertingkatkan oleh kecerdasan buatan khusus pada pengecaman pemandangan dan Beautification.

Kepada yang berminat, buat masa sekarang peranti ini hanya dijual di China pada harga bermula CNY1,599 (kira-kira RM959) untuk varian 4GB/64GB dan CNY1,799 (kira-kira RM1,079) bagi varian 6GB/64GB.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here