OPPO F9 Starry Purple Kini Boleh Didapati Pada Harga RM1,399

427
**********
OPPO F9

Jika sebelum ini, OPPO F9 hadir dengan penawaran warna Sunrise Red dan Twilight Blue, OPPO Malaysia hari ini sekali lagi memberi kejutan apabila memperkenalkan sebuah lagi pilihan warna baharu ditawarkan kepada orang ramai iaitu Starry Purple.

F9 dalam warna Starry Purple dilihat tampil lebih menawan dengan mempunyai bahagian belakang yang berkilat seperti bintang berkilauan di atas galaksi ungu sekaligus menjadikannya sebuah peranti yang cukup bergaya untuk peminat fesyen dan juga teknologi.

OPPO F9 Dalam Warna Starry Purple
Penampilan Istimewa Penyanyi Terkenal Tanah Air, Ayda Jebat
Penampilan Istimewa Penyanyi serta Pelakon Taiwan, Hebe Tien

Lebih menariknya lagi, F9 Starry Purple ini turut hadir dalam versi khas yang tampil dengan kotak hadiah eksklusif edisi terhad berwarna ungu yang mana merupakan hasil kerjasama dengan jenama kecantikan antarabangsa Jepun iaitu Shiseido (OPPO F9 x Shiseido) .

Pelanggan yang membeli kotak hadiah edisi khas ini bakal menerima gincu Shiseido Rouge dalam warna Primrose (RS419) bernilai RM108 secara percuma dan juga kad servis solekan pantas hasil sentuhan daripada Shiseido.

Kotak Hadiah Eksklusif Edisi Terhad (OPPO F9 x Shiseido)

F9 Starry Purple edisi terhad (OPPO F9 x Shiseido) kini dijual secara rasmi pada harga RM 1,399 dan boleh didapati secara eksklusif di kedai dalam talian, Lazada bermula 3 Oktober 2018 pada pukul 12 tengahari (selagi stok masih ada).

Manakala untuk edisi biasa pula, F9 Starry Purple turut dijual pada harga yang SAMA iaitu RM1,399 dan tempahan boleh dibuat bermula 2 Oktober sehingga 5 Oktober 2018.

Selain itu, pihak OPPO turut memaklumkan bahawa peranti ini juga boleh didapati melalui beberapa saluran berbeza termasuk semua kedai konsep OPPO di seluruh Malaysia. Tunggu apa lagi? Jangan lupa dapatkan seunit sekarang!

Baca juga :

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here