OPPO Buat Ujian Akses Internet 5G, Ingin Yang Pertama Keluarkan Telefon Pintar 5G!

157
**********

Rangkaian 5G sebelum ini pernah diperkatakan dari pengeluar telefon pintar, dan peranti dengan sokongan rangkaian 5G bakal muncul bermula tahun hadapan (2019).

Terbaru, OPPO dilaporkan sudah selesai menjalankan ujian rangkaian 5G pada telefon pintar 5G iaitu OPPO R15. Ia disesuaikan dengan komponen 5G bersepadu sepenuhnya termasuk papan sistem, RF, RFFE dan antena.

OPPO akan memperkenalkan telefon pintar dengan sokongan 5G secara komersial pada tahun hadapan, selain sedang bersiap sedia menjadi pengeluar pertama telefon pintar 5G bagi tahun 2019.

Rancangan untuk membangunkan telefon pintar 5G oleh OPPO pertama kali didedahkan pada acara Qualcomm China Technology and Cooperation Summit. Pada acara tersebut, mereka mengumumkan bakal bekerjasama bersama Qualcomm melalui program ‘5G Pilot’.

Dengan kejayaan demonstrasi ujian akses 5G tersebut, ia menunjukkan OPPO selangkah ke depan dalam arena 5G dan dapat meningkatkan lagi pencapaian dan kepakaran dalam teknologi pembuatan telefon pintar pada masa akan datang.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here