OnePlus 6T Bakal Dilancarkan 30 Oktober Ini?

313
**********

Keterujaan buat semua peminat one Plus apabila syarikat tersebut telah mengumumkan bahawa 30 Oktober 2018 merupakan majlis pelancaran bagi OnePlus 6T.

Menurut maklumat yang tertiris, telefon berkenaan akan didatangkan dengan paparan pengesan cap jari dan ia juga akan menjadi telefon pertama OnePlus yang meninggalkan 3.55 mm headphone jack bagi audio over USB-C.

Dalam pada itu, Oneplus berkata bahawa individu yang hadir pada majlis tersebut akan menjadi orang pertama yang merasai pengalaman menggunakan Oneplus 6T namun tiada sebarang penjualan telefon berkenaan pada majlis tersebut.

Harga telefon ini masih belum dapat dipastikan lagi.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here