Okay! Harga Redmi Note 6 Pro Bermula RM849, Dapatkan 20 Oktober Ini!

236
**********

Baru semalam sahaja kita beritahu peranti baharu Redmi Note 6 Pro bakal dijual secara rasmi di kedai Mi terpilih, hari ini harga tawarannya pun telah diumumkan oleh Xiaomi Malaysia.

Redmi Note 6 Pro tersedia dalam dua varian iaitu 3GB RAM + 32GB ROM dan 4GB RAM + 64GB ROM. Harga tawaran bagi kedua-dua varian ini masing-masing adalah RM849 (3GB) dan RM999 (4GB).

Peranti baharu yang beroperasi di bawah Android 8.1 Oreo ini hadir dengan cip pemproses Snapdragon 636, kapasiti bateri sebesar 4,000mAh dibekalkan pada badan bersaiz 6.26 inci. Sokongan dwi-kamera utama 20MP + 5MP dan kamera hadapan 12MP + 5MP buat pertama kalinya bersama ciri kecerdasan buatan (AI) juga merupakan salah satu keistimewaan Redmi Note 6 Pro.

Bagi yang berminat, boleh lawati kedai Mi Stores dan Mi Zones yang sah, serta layari laman rasmi Mi Store di laman e-dagang Lazada dan Shopee mulai 20 Oktober 2018 ini. Hadiah percuma terhad turut ditawarkan pada kedai Mi Store di One Utama, Queensbay Mall, Penang dan KSL City Johor Bahru.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here