Nokia 6.1, Nokia 6.1 Plus Bakal Terima Kemaskini Android 9.0 Pie

254
**********
Nokia 6.1 Plus

Sebelum ini kami pernah berkongsi satu artikel mengenai ketersediaan kemas kini Android 9 Pie untuk Nokia 7 Plus yang akan diberikan secara berperingkat.

Lanjutan daripada pengumuman itu, kini disamping mendedahkan telefon pintar baharu iaitu Nokia 7.1, pihak Nokia turut mengesahkan bahawa Android 9 Pie sedang ‘menuju’ ke beberapa peranti lain mulai bulan ini.

Ini termasuklah Nokia 6.1 dan juga Nokia 6.1 Plus yang mana bakal menerima kemas kini tersebut pada Oktober ini, dan seterusnya diikuti dengan Nokia 8 dan nokia 8 Sirocco pada November depan.

Pada masa sama, Nokia turut mengumumkan bahawa mereka merancang untuk melancarkan kemas kini tersebut untuk seluruh portfolionya tidak lama selepas peranti terawal ini.

Baca juga :

[SUMBER]

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here