Nak Tahu Apa Promosi Menarik Dari 11street Sempena Kempen 11.11 Ini?!

248
**********

Selain Shopee dan Lazada, nampaknya 11street turut mengadakan pelbagai tawaran dan promosi hebat sempena kempen 11.11 ini. Sempena ‘Madness Category Sales’ bermula 29 Oktober hingga 10 November 2018, pelanggan boleh mendapatkan produk dengan diskaun sehingga 90%.

Tempoh kemuncak kempen ini adalah pada ‘Madness Heaven’ bermula 11 hingga 14 November 2018, di mana 11street akan memberi diskaun sehingga 90%, jualan kilat yang mengujakan serta tawaran pada harga serendah RM11.

Ia tidak terhenti di situ kerana untuk menghargai para pelanggan setia, 11street akan melanjutkan tempoh jualan ‘The Madness Continues’ bagi produk-produk terpilih dengan harga yang ditawarkan amat kompetitif.

Sebagai tanda penghargaan, pelanggan yang berbelanja di 11street sepanjang tempoh promosi ini juga berpeluang menikmati makan malam bersama selebriti media sosial tempatan. Untuk maklumat lanjut boleh ke laman Facebook 11street atau layari laman rasmi 11street.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here