Miliki iPhone XS, XS Max & XR Dengan Pelan U Mobile Unlimited Hero P99

Seperti dijangka, U Mobile akan membuat penjualan tiga model telefon pintar terbaharu Apple iaitu iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR pada pada harga yang lebih rendah sebagai sebahagian pakej menarik kepada para pelanggan.

Seperti telco-telco lain, pembelian iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR dengan harga diskaun, mestilah bersama dengan salah satu pelan yang ditawarkan seperti di bawah :

Dari kir : iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR

100 pelanggan terawal yang membeli iPhone XS, iPhone XS Max atau iPhone XR dengan pelan HERO P99 akan menerima sepasang Apple AirPod bernilai RM649 secara percuma. (PROMOSI BERMULA : 19 Oktober 2018, 3.01 petang – 31 Oktober 2018, 11.59 malam).

Lebih menarik, U Mobile turut akan mengadakan promosi hebat,  pada 26 Oktober 2018 di U Mobile Experience Centre, Berjaya Times Square bermula jam 10 pagi.

20 pelanggan terawal yang membeli iPhone XS, iPhone XS Max atau iPhone XR dengan pelan HERO P99 secara datang terus (walk in) pada tarikh tersebut akan menerima satu unit iPhone 6S + (32GB) secara percuma.

Bukan itu sahaja, malah 80 pelanggan seterusnya pula berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah seperti aksesori telefon, baucar dan jika bernasib baik mungkin jenama baru iPhone XS Max (64GB).

You might also like