Miliki honor Band 3 Pada Harga RM119 – Bateri Tahan 30 Hari!

267
**********

Seiring dengan pelancaran rasmi honor 8X di pasaran Malaysia, honor turut memperkenalkan sebuah Gelang tangan pintar yang dikenali sebagai honor Band 3. Ditawarkan pada harga kompetitif RM119, jam tangan pintar ini menawarkan ciri-ciri menarik untuk anda miliki!

Menampilkan rekaan lebih kemas dan moden, honor Band 3 menyokong paparan skrin PMOLED yang mampu memaparkan pelbagai notifikasi seperti panggilan telefon, teks mesej, peratus bateri, kiraan langkah terus daripada telefon pintar selain boleh dibawa berenang pada kedalaman air sedalam 50 meter.

Lebih menarik, gelang tangan pintar ini turut menawarkan ketahanan bateri sehingga 30 hari untuk sekali pengecasan. Seperti biasa, honor Band 3 dilengkapi sensor denyutan nadi untuk membaca tekanan jantung. Satu lagi ciri istimewa yang terdapat pada gelang tangan pintar ini adalah sokongan Huawei TruSleep yang mampu memantau masa tidur anda.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan honor Band 3, ia mula dijual pada 15 Oktober 2018, 10 pagi di dalam talian Hihonor dan juga Shopee.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here