Lindungi Privasi Dengan ‘Kamera Tersembunyi’ Pada Huawei MateBook X Pro!

183
**********

Sering menggunakan fungsi kamera pada komputer riba, terutamanya apabila ingin membuat panggilan video? Ia secara tidak langsung memudahkan pengintip menggodam komputer riba untuk melihat aktiviti seharian anda!

Kini tidak lagi dengan kehadiran komputer riba terbaru keluaran Huawei iaitu MateBook X Pro yang bakal dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Uniknya peranti ini, ia menawarkan kamera tersembunyi yang terletak di papan kekunci peranti yang hanya akan timbul apabila diperlukan sahaja. Ia sebagai langkah perlindungan bagi menjaga privasi pengguna!

Menampilkan rekaan nipis dengan paparan skrin FullView Display yang hampir tidak kelihatan bezel, MateBook X Pro turut menyokong sensor pengimbas cap jari yang terletak pada butang kuasa. Untuk maklumat lanjut mengenai komputer riba ini, anda boleh layari laman sesawang Huawei Malaysia atau Facebook Huawei Malaysia.

Kekal bersama kami untuk mengetahui harga terkini mengenai komputer riba MateBook X Pro ini!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here