Lindungi iPhone Xs, iPhone Xs Max & iPhone XR Dengan Sarung Pelindung LifeProof SLAM, NËXT & FRĒ

234
**********
LifeProof SLAM – iPhone Xs

Kepada yang berminat untuk membeli model iPhone terbaru iaitu iPhone Xs, iPhone Xs Max atau iPhone XR, jangan lupa untuk lindungi peranti kesayangan anda itu dengan koleksi terbaru yang diperkenalkan oleh LifeProof iaitu SLAM, NËXT dan FRĒ.

Seiring dengan revolusi yang diperkenalkan oleh Apple pada tiga model keluaran terbarunya, LifeProof juga nampaknya telah meneruskan tanggungjawabnya untuk memberikan perlindungan maksimum bagi model-model tersebut melalui tiga koleksi lengkap yang tampil dengan pelbagai gaya dan juga tahap perlindungan terbaik serta lebih terjamin.

LifeProof NËXT – iPhone Xs Max

LifeProof SLAM menawarkan kombinasi rekaan segar serta tahan lasak. Dengan pilihan warna segar, telefon pintar anda masih mampu berfungsi dengan baik walaupun jatuh dari ketinggian 6.6 kaki (2 meter) jika menggunakan sarung pelindung ini.

Bagi LifeProof NËXT pula, ia sesuai untuk mereka yang lasak! Sarung pelindung yang mendapat pengiktirafan IP5X ini terbukti masih berfungsi dengan baik walaupun digunakan dalam tiga keadaan iaitu habuk/debu, salji serta jatuh dari ketinggian 6.6 kaki (2 meter).

LifeProof FRĒ – iPhone XR

Istimewanya LifeProof FRĒ, ia sebuah sarung pelindung yang kalis air sedalam 2 meter selama satu jam, selain kalis habuk/debu, salji serta jatuh dari ketinggian 6.6 kaki (2 meter).

Kepada yang berminat, berikut adalah harga yang ditawarkan untuk LifeProof SLAM, NËXT dan FRĒ.

LifeProof SLAM

LifeProof NËXT

LifeProof FRĒ

iPhone Xs

RM159

RM245

RM309

iPhone Xs Max

RM199

RM279

RM339

iPhone XR

Sarung pelindung LifeProof SLAM dan NËXT bagi model iPhone Xs dan iPhone Xs Max boleh dimiliki bermula hari ini dan iPhone XR akan datang. Manakala sarung pelindung LifeProof FRĒ untuk tiga boleh ini pula akan berada di pasaran tidak lama lagi!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here