Lenovo ThinkPad P1 & P72, Pilihan Baharu Golongan Profesional

Lenovo sentiasa mementingkan prestasi komputer riba khas untuk setiap golongan, terbaru mereka melancarkan dua model khas untuk golongan profesional iaitu Lenovo ThinkPad P1 dan P72, masing-masing hadir dengan pilihan pemproses Intel Xeon atau Core dan kad grafik NVIDIA Quadro.

Selain cip pemproses yang berkuasa tinggi, Lenovo ThinkPad P1 juga dilengkapi dengan paparan skrin 15.6 inci beresolusi 4K, 64GB DDR4 RAM serta ruangan storan 4TB NVMe. Berat badannya 1.7kg dengan rekaan nipis 18.4mm, mempunyai kapasiti bateri sebesar 80Wh.

ThinkPad P72 pula hadir dengan paparan skrin yang lebih besar iaitu 17.3 inci beresolusi 4K, 128GB DDR4 RAM dan ruangan storan 6TB, serta kapasiti bateri sebesar 99Wh. Komputer riba ini juga menyokong teknologi Intel Optane sehingga 16GB yang boleh menyelasai data banyak dalam satu-satu masa.

Papan kekunci ThinkPad Precision Keyboard terbina dalam memberikan pengalaman menaip yang paling selesa, selain kalis air, debu dan hentakan. Sistem keselamatan pengimbas cap jari seperti tersedia pada peranti pintar juga dilengkapi pada siri ThinkPad baharu ini.

Lenovo ThinkPad P1 ditawarkan pada harga bermula dari RM8,719, sementaa ThinkPad P72 harga bermula RM8,920.

 

Baca Juga:

 

You might also like