Kini Rasmi! Samsung Galaxy A9 (2018) – Penampilan Segar Di Bawah Rekaan Empat Kamera

276
**********

Ini dia hari yang dinanti-nantikan semua setelah pelbagai desas-desus mengenai pelancaran Samsung Galaxy A9 (2018) yang akan menampilkan empat kamera pada panel belakangnya.

Rekaan unik dan segar ini boleh dikatakan pertama dalam arena peranti pintar di mana sebelum ini hanya tiga lensa diletakkan sebagai kamera utama peranti, lain pula pengeluar Korea ini.

Empat kamera utama ini masing-masing beresolusi 8MP (f/2.4) yang memikul berat sebagai lensa sudut lebar, sementara 10MP (f/2.4) adalah lensa telefoto yang hadir dengan sokongan 2x zum optikal, lensa utama pula adalah 24MP (f/1.7) dan 5MP (f/2.2) adalah lensa pengesanan kedalaman Live Focus.

Selain empat lensa yang menjadi taruhan, kamera hadapan juga berseri dengan 24MP pada aperture f/2.0 dan pelbagai fungsi penggambaran menarik. Galaxy A9 (2018) juga hadir dengan skrin 6.3 inci FHD+ Super AMOLED di bawah 6GB RAM dan 128GB ROM yang boleh ditambah ruangan storan microSD sehingga 512GB.

Melengkapinya juga adalah bateri berkapasiti 3,800 mAh yang turut menyokong pengecasan pantas melalui USB-C. Peranti ini ditawarkan dalam tiga warna cerun yang berbeza iaitu Caviar Black, Lemonade Blue dan Bubblegum Pink.

Ketersediaan adalah pada November depan. Pun begitu, harga jualan masih belum diumumkan setakat ini dan bakal dikemaskini kemudian.

Baca juga : 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here