**********

HARGA RASMI: 128GB (RM3,499) / 512GB (RM3,999)

Pastinya ASUS ROG Phone ini bakal mengagumkan pengguna dengan keupayaan dan keunggulan spesifikasinya. Revolusi telefon pintar kini hadir pada telefon ASUS ROG Phone yang akan membuka mata semua peminat telefon pintar. Jom kita tengok spesifikasi telefon ini.

 

Reka Bentuk yang Unik

Rekaan telefon ini tidak seperti telefon-telefon yang lain. Dilengkapi dengan dwi kamera dan pengecaman jari di bahagian belakang. Di bahagian bawah telefon ini, ia disertakan dengan 1 port USB-type C dan audio jack.

Manakala di bahagian sisi sebelah kiri telefon ini, terdapat satu lagi port USB-Type C. Namun Port ini bukan untuk mengecas telefon tetapi untuk kegunaan Aero Active cooler.

 

 

Pemprosesan yang Mengagumkan

Telefon ini disertakan dengan cip Qualcomm Snapdragon 845 Mobile Platform dengan 10nm, 64-bit Octa-core Processor yang mana ia hadir dengan kadar kelajuan 2.96GHz yang lebih laju daripada kebanyakan pemproses Snapdragon 845 di pasaran dan juga cip grafik Adreno 630, yang dikatakan cip grafik paling berkuasa dari Qualcomm setakat ini. Ia juga turut menggunakan sistem operasi Android Oreo 8.1.

 

Keupayaan Bateri yang Mempersona

Dalam pada itu, telefon ini mempunyai kapasiti bateri 4,000mAh dan disertakan dengan pengecasan pantas iaitu QC4.0 yang boleh mengecas telefon dengan pantas. Kami telah menguji kadar kepantasan mengecas telefon ini menggunakan port dari komputer riba dan ternyata bateri telefon ini boleh mengecas dengan pantas. tempoh pengecasan bermula dari jam 2.53 ptg sehingga 5.06 ptg.

 

Kredibiliti Storan yang Menyakinkan

Telefon ini tidak disertakan dengan slot untuk SD kad, namun itu tidak menjadi masalah kerana kapasiti storan sebesar 128GB dan 512GB pasti membolehkan anda untuk menyimpan data dengan lebih banyak. Ia juga mempunyai LPDDR4X 8GB RAM yang mana akan menyokong fungsi penggunaan telefon pintar ini.

 

Paparan Skrin Terbaik

Dari aspek grafik pula, telefon ini mempunyai 90Hz 1ms AMOLED Display. Untuk paparan ROG Phone mempunyai 6-inci AMOLED panel dengan HDR support. Ini memberikan kepuasan buat pengguna yang inginkan paparan visual yang menarik.

 

Fungsi kamera yang menakjubkan

Bagi kamera pula, di bahagian belakang meliputi 12 megapiksel + 8 megapiksel manakala kemera di bahagian depan ialah 8 Megapiksel. Kamera utama di bahagian belakang adalah 6.25x lebih baik pada kondisi low light.

Bagi kamera kedua di bahagian belakang, ia mempunyai 120 darjah sudut luas kamera. Dalam pada itu, bagi kamera hadapan, ia mempunyai F2.0 Aperture.

Beberapa mode boleh digunakan dalam fungsi kamera ini yang mana boleh memberikan pilihan buat pengguna terhadap cara bagaimana gambar diambil. Apa yang menarik, mode PRO kamera ini memberikan kepada anda kebebasan untuk melaraskan tetapan pada kamera seperti seorang profesional. Filter juga turut disediakan pada telefon ini bagi memberi pilihan buat pengguna ketika merakam gambar.

 

Berikut merupakan gambar-gambar yang diambil menggunakan telefon ini.

 

Pada kamera di bahagian hadapan pula disertakan dengan 8 megapiksel dan boleh melaksanakan beberapa fungsi seperti kamera di bahagian belakang seperti GIF Animation, Beauty dan Selfie Panorama.

Rakaman video bagi telefon ini juga tidak mengecewakan apabila ia mampu merakam pada
4K UHD (3840 x 2160) video pada 30 / 60 fps kamera utama di bahagian belakang.

 

Keasyikkan Audio

Bagi menyaingi paparan visual dan pengawalan yang baik, sistem audio juga perlu seiring. Ini semua tidak menjadi masalah bagi telefon ini. Telefon ini mempunyai dwi Smart Amplified speakers. Ia terdiri daripada 2 NXP 9874 amplifiers yang setiap satu untuk front facing speaker bagi memberikan kepuasan bermain game yang menakjubkan.

 

Sistem Penyejukkan yang Menyakinkan

Ekoran daripada pemfokusan peranan telefon ini adalah permainan game mudah alih, maka sistem penyejukkan adalah sangat penting untuk memastikan telefon berada dalam keadaan yang sejuk. Justeru, ia dilengkapi dengan Game cooling system.

Direka seperti sandwich yang berlapis. 3D Vapor-Chamber berada pada bahagian bawah, di bahagian tengah pula ialah copper heat spreader sementara carbon cooling pad berada di atas.

Justeru, ROG phone mampu beroperasi sehingga 2.96GHz bagi tempoh yang lama bagi permainan game yang lebih lancar dan persembahan yang mengagumkan.

Ia juga turut menyediakan Aero Active Cooler yang mana ia merupakan kipas penyejuk yang boleh ditanggalkan. Pada Aero Active Cooler ini disertakan sekali bagi USB type-C dan audio jack.

Kami telah melakukan beberapa ujian ke atas telefon ini menggunakan aplikasi AnTuTu dan Geekbench. Hasil daripada ujian ini menunjukkan bahawa telefon ROG ini berada di prestasi terbaik mengalahkan beberapa model yang berada di pasaran pada ketika ini.

Ujian Antutu

Ini pula keputusan ujian GeekBench bagi telefon ini.

Ujian Geekbench

 

Aksesori Tambahan Khas ROG Phone

Beberapa aksesori juga boleh digunakan bersama telefon ini antaranya TwinView Dock, ASUS GAMEVICE, Mobile Desktop Dock, ASUS Professional Dock, ASUS WiGig Display Dock dan lain-lain.

ASUS GAMEVICE
TwinView Dock
Mobile Desktop Dock

 

Spesifikasi penuh ASUS ROG Phone

Cip Pemproses 2.96GHz specially-binned Qualcomm® Snapdragon™ 845 Mobile Platform dengan 10nm, pemproses 64-bit Octa-core
GPU Qualcomm® Adreno™ 630
UI ROG UI
Paparan
  • 6.0” 18:9 2160×1080 AMOLED 90Hz dengan 1ms masa respond 550nits kecerahan
  • 108.6% DCIP3; 10,000:1 contrast ratio. Front 2.5D Corning Gorilla 6 glass
  • Kapasitif touch panel dengan10 points multi-touch
  • Gaming HDR dan menyokong Mobile HDR
Memori LPDDR4X 8GB RAM
Storan UFS2.1 128GB / 512GB, Google Drive 100GB / 1 tahun
Sensor Accelerator, E-Compass, Proximity, Hall sensor, Ambient light sensor, fingerprint sensor, Gyro, Ultrasonic sensor
Kamera Utama
  • 6.25x sensitiviti cahaya dalam situasi low light
  • 12 MP – 1/2.55″ sensor bersaiz besar,1.4µm piksel bersaiz besar
  • F1.7 aperture
  • 26.6mm focal length setara dalam 35mm kamera filem
  • Lensa 6p
  • 78.2° bidang pandangan
  • Penukaran kamera yang pantas
  • 0.03 saat fasa pengesanan Autofokus
  • 4-axis, 4 stops penstabilan imej optikal
  • LED flash
Kamera Kedua
  • 120° kamera sudut padang lebar
  • 200% pandangan lebih luas
  • 12mm focal length setara dalam 35mm kamera filem
Kamera Hadapan
  • 8MP
  • F2.0 aperture
  • 24mm focal length setara dalam 5mm kamera filem
  • 84° bidang pandangan
Rakaman Video
  • 4K UHD (3840 x 2160) video pada 30 / 60 fps bagi kamera utama di bahagian belakang.
  • 1080p FHD rakaman video pada30 / 60 fps
  • 720p HD rakaman video pada 30 fps
  • 3-axis penstabilan imej elektronik bagi kamera belakang
  • Merakam gambar pegun ketika rakaman video
  • Slow Motion video (1080p at 240 fps / 720p at 240 fps)
  • ZeniMoji
Speaker
  • Dwi speaker di bahagian hadapan
  • 5-magnet speaker dengan dwi NXP 9874 smart amplifier untuk bunyi yang lebih kuat, lebih dalam dan kurang gangguan pada kesan bunyi.
Audio Output
  • Hi-Res audio 192kHz/24-bit standard iaitu 4 kali lebih baik daripada kualiti CD
  • DTS:X Ultra 1.0 yang mempamerkan 3D audio rendering yang realisitik bagi mana-mana game atau virtual/augmented reality (VR/AR) termasuklah 7.1-channel surround-sound dengan enhanced bass response
  • AudioWizard dengan listening profile
Mikrofon 3 Mikrofon dalaman dengan teknologi pengurangan Noise ASUS
NFC Menyokong
Sistem Operasi Android™ Oreo 8.1
Bateri 4,000mAh
Power Adapter Output: 10V 3A, menyokong sehingga 30W QC4.0 / PD3.0 / Adapter pengecas langsung
Dimensi 158.83x 76.16x 8.3mm
Berat 200g

 

 

Ulasan

Sungguhpun telefon ini lebih memfokuskan kepada permainan game, tetapi ASUS tidak mengabaikan fungsi telefon ini sebagai sebuah telefon pintar. Spesifikasi yang terdapat pada telefon ini pastinya mampu memenuhi tuntutan pengguna. Jadi buat kaki game di luar sana, telefon ini sangat cocok untuk anda.

 

Unboxing! ASUS ROG Phone ↓↓↓

 

Baca Juga: 

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here