Kerja Penambahbaikan Sistem Bil Celcom Bermula 21 Oktober, 8 Malam

Celcom Axiata Berhad, dalam usaha berterusan untuk menyediakan pengalaman pelanggan yang hebat, akan menjalankan penambahbaikan sistem bilnya bermula 21 Oktober (Ahad) pada 8 malam hingga 22 Oktober (Isnin) pada 9 pagi.

Semasa tempoh penambahbaikan, pelanggan masih boleh membuat dan menerima panggilan, menggunakan kuota data, SMS, MMS dan perayauan di luar negara seperti biasa. Urus niaga terpilih seperti berikut tidak disediakan buat sementara sehingga 9 pagi pada 22 Oktober 2018:

Untuk Transaksi Prabayar
  • Perkhidmatan prabayar seperti tambah nilai, pemindahan baki, semakan status akaun dan langganan Internet mudah alih.
  • Pengaktifan dan pendaftaran talian prabayar baharu.
  • Permohonan untuk menukar pelan, perubahan kad SIM dan langganan Perkhidmatan Tambah Nilai.
Untuk Transaksi Pascabayar
  • Kesemua saluran pembayaran seperti aplikasi Celcom Life, transaksi perbankan atas talian, Perkhidmatan Pelanggan atas talian, portal perniagaan Celcom dan Kiosk pembayaran Celcom.
  • Permohonan untuk menukar pelan, perubahan kad SIM, dan langganan Perkhidmatan Tambah Nilai.
  • Langganan pas perayauan.
  • Perkhidmatan lain seperti pendaftaran talian pascabayar yang baru dan Kemudahalihan Nombor (Mobile Number Portability -MNP) masih diterima, namun semua permohonan hanya akan diproses pada 22 Oktober, selepas jam 9 pagi.

Oleh itu, dinasihatkan semua pengguna Celcom membuat segala persediaan sepanjang tempoh penambahbaikan. Untuk maklumat lanjut, layari FB Celcom atau FB Xpax, atau dial *123# dari luar negara.

 

 

You might also like