Jabra Perkenal Enam Kit Bebas Tangan Terkini – The Talk Franchise

208
**********

Jabra merupakan jenama PERTAMA yang memperkenalkan kit bebas tangan untuk telefon mudah alih berteknologi bluetooth sejak 20 tahun yang lalu.

Dalam menyambut ulang tahun dua dekad sejarah Bluetooth, Jabra kini member penghormatan kepada teknologi inovatif dengan memperkenalkan enam (6) rangkaian kit bebas tangan terkini di bawah jenama yang dikenali sebagai The Talk Franchise.

Enam rangkaian kit bebas tangan tersebut ialah Jabra Talk 5, Talk 15, Talk 25, Talk 35, Talk 45 dan Talk 55 di mana kesemuanya adalah daripada jenis mono yang dipasang pada satu telinga sahaja. Lebih menariknya, kesemua kit bebas tangan ini mampu bertahan sehingga sembilan (9) hari.

Kepada yang berminat, berikut adalah senarai harga jualan :

  • Talk 5 (Jabra BT2046) – RM109
  • Talk 15 (Jabra Talk) – RM159
  • Talk 25 (Jabra Mini) – RM189
  • Talk 35 (Jabra Extreme 2) – RM299
  • Talk 45 (Jabra Stealth) – RM349
  • Talk 55 (Jabra Eclipse) – RM509

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here