Jabra melancarkan Engage 50, Alat Dengar Digital Profesional Bagi Panggilan Yang Lebih Baik

146
**********

 


Jabra melancarkan Engage 50 yang mana merupakan sebuah alat dengan digital profesional yang menetapkan satu standard bagi kualiti panggilan dan produktiviti pekerja untuk meningkatkan kepuasan pelanggan. jabra telah menghasilkan Engage 50 untuk menyelesaikan masalah ketika berdepan dengan pelanggan yang mana kajian terbaru menunjukkan 73 peratus daripada agen mendapati Noise mempunyai kesan negatif pada produktiviti.

Direka khas untuk suasana softphone, ia dilengkapi dengan ciri-ciri untuk mengatasi noise dan gangguan pada contact centre untuk menjamin kepuasan pelanggan. Jabra Engage dilengkapi dengan dengan keunikan 3 sistem mikrofon yang menapis noise pada latar belakang dan bunyi pernafasan yang memberikan pemanggil pengalaman sepenuhnya. Dengan peringkat tertinggi perlindungan pendengaran untuk agen.

Dalam pada itu, Jabra Engage 50 mempunyai perisian yang khusus untuk memberikan analisis panggilan dalam membuat mendorong membuat keputusan untuk memperbaiki pengalaman pelanggan. Ketika menggunakan Jabra Engage 50, pengguna akan pendapat panduan pada paparan skrin menerusi Perisian Jabra Direct untuk melaras mikrofon boom arm jika ia tidak berada pada kedudukan yang ideal.

Dengan perisian jabra Express, anda boleh mendapat gambaran keseluruhan data bagi pengguna secara individu atau berkumpulan. Contohnya, ukuran noise pada latar belakang memberikan syarikat petunjuk mengenai kawasan atau waktu noise.

Headset ini juga juga menekankan isu gangguan yang memberi kesan pada fokus agen. Namun ia dapat dihindari dengan multi-colour status lights pada kedua-dua earcups. Cahaya ini boleh disesuaikan untuk kegunaan perniagaan 2 bagi memastikan pengguna tidak terganggu ketika panggilan penting.

Selain itu, Engage 50 juga dilengkapi dengan aksesori kawalan panggilan iaitu jabra Engage link yang akan memastikan agen dapat melaraskan paras volume dan mute, pangilan pantas, menjawab dan menamatkan panggilan dan mengemaskini status light hanya pada sentuhan satu butang.

Setiap headset mengandungi kategori pertama USB-C untuk memudahkan sambungan kepada PC dan peranti telefon dan dengan pilihan sambungan USB-A sebagai aksesori.

Berikut merupakan harga bagi headset ini.

  • Jabra Engage 50 Mono Headset, USB-C: RM1,100.
  • Jabra Engage 50 Stereo Headset, USB-C: RM1,200
  • Jabra Engage LINK USB-A, UC: RM680
  • Jabra Engage LINK USB A, MS: RM680
  • Jabra Engage LINK USB C, UC: RM680
  • Jabra Engage LINK USB-C, MS: RM680

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here