iTworld Membawa iPhone XS, XS Max, XR dan Apple Watch Siri 4 Khusus Peminat Apple

823
- Iklan -

iTworld bakal memperkenalkan produk-produk terkini keluaran Apple bermula 26 Oktober ini untuk pasaran tempatan.

Ianya termasuklah, iPhone XS dan XS Max yang merupakan iPhone paling canggih yang pernah ada serta iPhone XR yang membawa inovasi iPhone terbaru kepada orang ramai. Ketiga-tiga model baharu ini mempunyai keunikan warna dengan saiz berbeza.

Tidak ketinggalan, pihak iTworld turut bakal memperkenalkan versi terbaharu jam tangan pintar Apple Watch Siri 4 (GPS). Ia merupakan jam pintar yang direka semula untuk membantu pengguna terus berhubung dan kekal aktif selain turut menguruskan kesihatan mereka dengan cara baru yang lebih berkuasa.

Kepada yang berminat, anda boleh membuat pra-tempahan eksklusif iPhone XS, XS Max, XR dan Apple Watch Siri 4 (GPS) bermula 19 Oktober 2018 melalui iTworld atau kedai-kedai pengedar Apple yang sah.

Untuk butiran lanjut mengenai majlis pelancaran, harga dan ketersediaan, sila layari FB iTworld. Untuk maklumat lanjut peranti iPhone, sila layari Apple.

Sekadar makluman, pelancaran akan diadakan di 3 lokasi berbeza berikut:

SNS Network HQ, Ipoh, Perak (Rujukan Laluan – Waze)

iTworld @ The Starling, Petaling Jaya (Rujukan Laluan – Waze)

iTworld @ KB Mall, Kelantan (Rujukan Laluan – Waze)

 

 

 

- Iklan -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here