Nokia Malaysia telah membawa masuk model baru untuk pasaran tempatan iaitu Nokia 6.1 Plus. Ia merupakan peranti pertama Nokia yang menawarkan paparan skrin penuh bertakuk dengan nisbah 19:9, nampaknya semakin menjadi trend pada hari ini. Memandangkan kami telah mendapat reviu unit Nokia 6.1 Plus, mari kita lihat apa ciri-ciri menarik yang ada pada peranti ini. Katanya ada teknologi AI, mod Bothie dan AR Stickers! Apa tu? Nak tahu teruskan membaca selanjutnya…
HARGA JUALAN : RM1,149
PERBANDINGAN SPESIFIKASI
CIRI-CIRI ISTIMEWA NOKIA 6.1 PLUS
#01 Menampilkan Skrin Penuh Bertakuk
Buat pertama kalinya Nokia hadir dengan paparan skrin penuh bertakuk dengan nisbah 19:9 yang menjadi trend hari ini. Menawarkan skrin penuh bersaiz 5.8 FHD+ dengan resolusi 2220 x 1080 piksel, ianya menggunakan Corning Gorilla Glass 3. Manakala panel belakang pula menggunakan gelas/kaca yang kelihatan lebih premium.
#02 Antaramuka Asal Android
Kepada yang memiliki bajet terhad, tetapi dalam masa yang sama inginkan peranti dengan sokongan Android asli, Nokia 6.1 Plus adalah pilihan tepat! Mengekalkan antaramuka asal Android 8.1 Oreo, ia tidak didatangkan dengan bloatware atau aplikasi pra-pasang yang tidak akan digunakan oleh pengguna. Apa yang pasti persembahan antaramuka asal ini sememangnya menjanjikan pengalaman penggunaan yang lebih baik.
#03 Dwi-Kamera AI + Bothie & AR Stickers
Selain kelebihan skrin bertakuk, Nokia juga turut mengikuti trend semasa dengan sokongan dwi-kamera beresolusi 16MP + 5MP bersama dual LED flash. Lebih menarik, penggambaran telefon pintar ini menawarkan teknologi kecerdasan buatan (AI) bersama mod Bothie yang menyokong rakaman gambar dan video menggunakan kamera depan dan belakang secara serentak. Malah mod AR Stickers juga turut terdapat pada peranti ini.
KAMERA DEPAN
Mod BOTHIE
BOKEH
AR STICKERS
#04 Teknologi Pengecas Pantas
Walaupun menawarkan bateri yang tidak besar iaitu hanya berkapasiti 3060mAh, Nokia 6.1 Plus telah hadir dengan sokongan pengecasan pantas (Quick Charge 3.0) yang menjanjikan masa mengecas yang pendek. Bagi melihat sendiri sejauh mana kepantasannya mengecas, lihat ujian yang telah dijalankan ini.
- Mula mengecas – 10%
- Selesai – 100% (2 jam)
#05 Pengimbas Cap Jari
Panel belakang Nokia 6.1 Plus telah disediakan sebuah sensor pengimbas cap jari yang mampu membuka peranti dengan pantas. Selain boleh diakses sehingga lima jari pada satu-satu masa, peranti ini turut menawarkan sistem keselamatan lain seperti paten, PIN dan juga kata laluan.
INFO : Anda boleh menggunakan ciri keselamatan biometrik menggunakan pengecaman wajah dengan mengakses Settings > Smart lock > Trusted face.
#06 Buat Kaki Gamers
Memfokuskan kepada kaki gamers, telefon pintar ini masih mampu memainkan permainan Mobile Legends dengan lancar bersama grafik yang menonjol. Namun begitu, apabila kami memainkan permainan PUBG Mobile, grafiknya terasa tidak lancar. Menurut Nokia, 6.1 Plus dikatakan 40% lebih berkuasa dan jimat bateri berbanding model sebelumnya dengan penggunaan pemproses baru Qualcomm Snapdragon 636.
ZON UJIAN
Dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 636 dengan RAM sebesar 4GB serta storan 64GB, mari lihat ujian benchmark yang dijalankan sendiri oleh kami sebagai panduan untuk anda!
Antutu 6 |
Geekbench 4 |
GFXBench GL |
Basemark GPU |
||
Nokia 6.1 Plus |
116759 |
(Single) 1332 (Multi-core) 4780 |
(Driver Overhead 2) 16 fps |
(1080p Driver Overhead 2 Offscreen) 20 fps |
721 |
KAMERA UTAMA
MAKANAN
MALAM
OUTDOOR
INDOOR
POTRET
LOW LIGHT
KOMEN EDITOR
Walaupun hadir dengan harga kompetitif, Nokia 6.1 Plus masih menawarkan spesifikasi berbaloi dengan harganya. Apa yang kami suka mengenai telefon pintar ini adalah ia sebuah peranti yang hadir dengan trend sekarang seperti paparan skrin bertakuk, penggambaran dwi-kamera dengan teknologi kecerdasan buatan (AI), mod Bothie, HDR dan juga AR Stickers.
Bukan itu sahaja, rekaan gelas 3D membuatkan telefon pintar ini kelihatan premium serta turut dikuasakan oleh pemproses 40% lebih berkuasa dan jimat bateri berbanding sebelumnya.
Namun begitu, masih terdapat kekurangan pada Nokia 6.1 Plus seperti sokongan pengecasan pantas yang mengambil masa lama untuk isian penuh iaitu sekitar 2 jam. Malah ianya juga cepat panas apabila mengecas, bermain permainan dan juga mengambil gambar.