Huawei Mate 20 Pro Hadir Dengan Modul Kamera Segi Empat Sama, Sokong Wireless Reverse Charging

463
**********

Selain pelancaran Mate 20, Huawei turut melancarkan sebuah lagi model terbaharu mereka iaitu Huawei Mate 20 Pro. Walaupun pada zahir kelihatan sama tetapi Mate 20 dan Mate 20 Pro sebenarnya terdapat perbezaan antara keduanya.

Huawei Mate 20 Pro dilihat tampil unik apabila hadir dengan sebuah rekaan baru yang dilihat menempatkan modul kamera segi empat sama dalam susunan 2×2 pada panel belakang yang diilhamkan dari rekaan lampu depan kereta Porsche 919. Difahamkan, pada modul ini terdapat tiga lensa kamera dan satu LED Flash berserta cap LEICA di atasnya.

Tiga kamera utama ini masing-masing hadir dengan resolusi 40MP (f/1.8) bersama sokongan teknologi ‘Light Fusion’ untuk lensa utama, 20MP (f/2.4) dengan keupayaan penggambaran ultra-wide-angle manakala 8MP pula untuk lensa ketiga untuk lensa telefoto. Huawei memaklumkan yang mana bukan sahaja rakaman gambar cantik tetapi mereka turut menambah baik hasil rakaman video dengan teknologi AI.

Dalam pada itu, prestasi kamera swafotonya juga tidak mengecewakan di samping memiliki kelebihan tersendiri berbanding kebanyakan peranti lain apabila hadir dengan resolusi 24MP pada aperture f/1.8 yang mana turut dilengkapkan dengan pengimbas wajah 3D.

Dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.39 inci bersama panel OLED bertakuk, Mate 20 Pro dijana oleh cip pemproses Kirin 980 di bawah memori sebesar 6GB RAM dan storan 128GB ROM. Ia juga tidak menyokong slot kad microSD, sebaliknya menerima storan tambahan melalui kad istimewa tersendiri Huawei dinamakan sebagai NM yang boleh dikembangkan sehingga 128GB storan. 

Melengkapinya juga, bateri berkapasiti 4,200mAh dengan teknologi pengecasan pantas 40W melalui USB Type-C. Sokongan Wireless Quick Charge yang hanya ada pada Mate 20 Pro ini boleh juga digunakan sebagai powerbank, kerana fungsi Reverse Charge terbina dalam mampu menjadikan siri Pro ini sebagai powerbank hanya dengan aktifkan fungsi tersebut.

Selain itu, ia turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari yang terbina pada skrin selain menyokong pengiktirafan IP68 bermaksud kalis air dan debu. Mate 20 Pro ditawarkan dalam lima warna yang cukup gah iaitu Emerald Green, Midnight Blue, Pink Gold, Twillight dan Black. 

Harga jualan untuk Mate 20 Pro ialah €104 (kira-kira : RM5037)untuk versi 6GB+128GB Ketersediaan bermula 16 Oktober 2018.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here