HTC Umum Produk VIVE Tersedia di Malaysia – Harga Bermula RM2,999

461
- Iklan -

Peneraju Virtual Reality (VR), HTC VIVE hari ini secara rasminya telah mengumumkan bahawa VIVE Pro Starter Kit dan VIVE Consumer Edition kini tersedia untuk pasaran Malaysia.

VIVE Pro Starter Kit akan sedia untuk dibeli pada penghujung November dengan harga RM6,099. Manakala VIVE Consumer Edition pula akan tersedia pada awal November dengan harga RM 2,999.

VIVE Pro Starter Kit merupakan sebuah kit yang lengkap bagi peminat VR. Ia turut dilengkapi dengan VIVE Pro HMD, dua wireless controller dan dua SteamVR tracking Base Statiob dengan keupayaan pada skala bilik (room scale capability).

VIVE Pro HMD didatangkan dengan paparan dwi OLED bersama imej yang mempersona iaitu dengan resolusi 2880 x 1600. Tidak ketinggalan, ia turut dilengkapi ciri-ciri yang diintegrasi – prestasi yang baik pada headphone dengan amplified dipasang untuk menghasilkan bunyi memuaskan.

Bagi VIVE Consumer Edition pula, ia disertakan dengan headset bersama resolusi 2160 x 1200, dua wireless controller dan dua SteamVR tracking Base station.

Bagi yang berminat, pra tempahan telah dibuka bermula HARI INI sehingga 31 Disember. Lebih menarik, sesiapa yang melakukan pra-tempahan dalam tempoh tersebut akan mendapat langganan VIVEPORT yang merupakan VIVE’s app store untuk VR content.

Pelancaran VIVE di Malaysia juga merupakan pengenalan kepada VIVEPORT, HTC VIVE’s global platform, app store dan langganan servis yang mana pengguna boleh menerokai pengalaman content yang digemari.

Langganan VIVEPORT membolehkan anda memilih 5 tajuk dengan akses tanpa had pada harga RM37.99 sebulan. Pelanggan juga akan diberi pilihan untuk meneruskan langganan bagi bulan yang seterusnya atau boleh membatalkan langganan tanpa sebarang syarat.

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here