Honor Magic 2 Kini Rasmi – Skrin AMOLED, Sokongan Tri-Kamera Utama, Kirin 980

821
- Iklan -

Selepas timbul pelbagai gambar acah sebelum ini, hari ini Honor secara rasmi telah memperkenalkan telefon pintar terbaharu keluaran mereka iaitu Honor Magic 2. Honor Magic 2 kelihatan membawakan skrin menyeluruh dan hadir dengan rekaan slider yang boleh ditarik secara mekanikal untuk mengakses kamera hadapan.

Telefon pintar ini hadir dengan paparan bersaiz 6.39 inci FHD+ dengan resolusi 2340 × 1080 bersama nisbah aspek 19:5:9 dan panel AMOLED. Lebih menariknya lagi, Honor Magic 2 mempunyai nisbah skrin-ke-badan hampir 100% dan ia kelihatan amat cantik.

Telefon pintar ini dijana menggunakan cip kirin 980, memori 6GB/8GB dan juga ruangan storan sebesar 128GB/256GB/512GB. Tidak menyertakan memori kad. Lebih menariknya, Honor Magic 2 kelihatan mewarisi sejumlah ciri menarik pada siri Huawei Mate 20 termasuk kehadiran tiga kamera utama dan sokongan Magic Charge Charging 40W (10V/4A).

Dari segi penggambaran, telefon pintar ini didatangkan dengan tiga kamera utama dengan sensor 16MP + 24MP + 16MP. Manakala kamera swafotonya pula adalah 16MP + 2MP + 2MP (untuk buka kunci muka 3D).

Dari segi keselamatan pula, Honor Magic 2 dilengkapi pengimbas wajah 3D dan jari yang terbina pada skrin. Selain itu Honor turut menyertakan teknologi pengenalan suara untuk mengenali suara pemilik peranti. Di sebalik telefon pintar ini terdapat bateri berkapasiti 3500 mAh dengan sokongan pengecasan pantas melalui port USB Type-C.

Honor Magic 2 didatangkan dengan tiga warna cerun yang menarik iaitu Hitam, Biru dan Merah pada harga ¥3799 (kira-kira RM2282~) untuk model 6GB + 128GB, ¥4299 (kira-kira 2582~) untuk model 8GB + 128, dan ¥4799 (kira-kira RM2882~) untuk model 8GB + 256GB. Telefon ini juga tersedia dengan varian 8GB + 512GB yang berharga ¥5799 (kira-kira 3483~) dan dilengkapi dengan modul penderia 3D.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here