Honor 8C Bakal Dilancarkan pada 11 Oktober?

374
**********

Honor 8C bakal dilancarkan pada 11 Oktober nanti dan menurut laman sesawang rasmi Honor, peranti tersebut sudah boleh di pra-tempahan. Menurut VMall listing, spesifikasi bagi Honor 8C yang disertakan dengan paparan LCD 6.26 inci yang mana menghasilkan HD+ resolusi 1520 x 720 piksel.

Peranti ini juga dilengkapi dengan Snapdragon 632 seperti yang telah diumumkan pada Jun lalu, dengan kelajuan 1.8GHz Kryo 250 serta pemproses grafik Adreno 605. Didatangkan dengan Android 8.1 Oreo dengan EMUI 8.2 serta mempunyai kapasiti bateri sebesar 4000mAh.

Dalam pada itu, Honor 8C disertakan bersama 4GB RAM dan ruangan storan sebanyak 32GB atau 64GB. Sekiranya pengguna inginkan simpanan yang lebih besar, maka boleh menggunakan kad slot microSD.

 

Di samping itu, Honor C juga dilengkapi dengan f/2.0 aperture 8-megapikel kamera swafoto yang mendokong AI Face Unlock. Kamera utama pula tersedia dua lensa yang mempunyai f/1.8 aperture 13-megapikel sensor utama dan f/2.4 aperture 2-megapikel monochrome sensor.

Sambungan bagi telefon ini disertakan dengan 4G VoLTE, dual-SIM support, Bluetooth 4.2, Wi-Fi 802.11 b/g/n, GPS dan 3.5mm audio jack. Manakala pengimbas cap jari berada di bahagian belakang telefon. Namun tiada sebarang maklumt mengenai harga bagi telefon ini.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here