Harga Huawei Watch GT Bermula Dari RM899

365
**********

 

Huawei Watch GT yang telah diumumkan di London bersama dengan Huawei Mate 20 kini telah tersedia di Malaysia pada harga RM999 bagi varian klasik yang mana sudah tersedia sekarang dan bagi varian sukan pula harganya ialah RM899 yang boleh didapati pada 6 November 2018.

Jam tangan berkenaan, disertakan dengan jangka hayat bateri sehingga 14 hari sebelum perlu dicas semula disebabkan oleh dwi chipset yang mana boleh menukar di antara mode kuasa tinggi dan kuasa rendah bagi memastikan jangka hayat smartwatch ini.

Walaubagaimanapun, ketika menggunakan fungsi GPS, jam ini mampu bertahan sehingga 22 jam. Jika jam tangan ini digunakan seperti jam tangan biasa, ia mampu bertahan sehingga sebulan sebelum ia perlu dicas semula.

Jam tangan ini juga dilengkapi dengan 1.39 inci skrin OLED dengan resolusi skrin ialah 454×454 piksel, Altimeter, Sport Mode, 3 sistem penjejak satelit(GPS, Galileo dan Glonass), kalis air sehingga pada kedalaman 50 meter untuk 30 minit dan monitor kadar jantung dengan TruSeen 3.0 yang menggunakan AI untuk membekalkan maklumat yang lebih mengenai keadaan si pemakai.

Ia juga boleh menganalisis paten tidur si pemakai melalui TruSleep 2.0 dan akan memberikan cadangan bagi mendapatkan tidur yang berkualiti.

Huawei juga turut melancarkan Huawei TalkBand B5 baru-baru ini yang merupakan gabungan antara sebuah Headset dan fitness band. Peranti ini merupakan alat yang baik sebagai fitness tracker yang boleh membantu memperbaiki penjejakkan kadar jatung dan juga mempunyai paparan yang lebih besar dan jelas.

Huawi TalkBand B5 mempunyai triple-core audio chip, “high pitch, sweet bass” bagi HD audio yang mengagumkan. Dilengkapi dengan pengurangan Dwi MIC Noiceyang mana kebiasaanya ditemui pada headphones yang berspesifikasi tinggi.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here