Google Umum Servis terbaharu Penstriman Permainan Video

156
**********

Google telah mengumumkan mengenai Projek Stream yang bakal dilaksanakan oleh mereka. Projek ini merupakan Penstriman permainan video baharu yang direka untuk membenarkan komputer yang berspesifikasi tinggi dan permainan konsol dimainkan menggunakan Chrome.

Pelayar yang ingin bermain boleh mendaftarkan diri bagi Projek Stream sekarang untuk menguji servis ini. Namun tiada tarikh yang pasti bilakah projek ini akan dilancarkan.

Permainan pertama yang boleh dimainkan menerusi projek ini adalah Assassin’s Creed Odyssey dari Ubisoft. Permainan ini boleh ditemui pada 5 Oktober yang mana ia akan dimainkan menggunakan Chrome. Namun, tarikh tamat ujian ini masih belum lagi di dedahkan.

Bagi mengakses permainan video ini, anda perlu ‘Residing’ di Amerika dan mempunyai sambungan internet 25 Mbps berserta dengan komputer yang menggunakan Windows, macOS, Chrome OS, atau Linux. Anda digalakkan menggunakan Controller seperti PS4 DualShock 4 controller atau the Xbox One controller.

Menurut CEO Ubisoft, Yves Guillemot, ini merupakan revolusi dalam permainan video.

“Dari semasa ke semasa, saya rasa, penstriman akan menjadi lebih mudah di akses kepada lebih ramai pemain. Katanya lagi, pada masa akan datang, permainan video secara strim akan menjadi lebih baik berbanding konsol atau PC.

“Teknologi kini bergerak ke arah tersebut. mesin tersebut akan lebih berkuasa dan sistem untuk memindahkan data akan lebih efisen. Jadi kita mungkin akan mengalami pengalaman penstriman yang lebih baik daripada membeli peralatan permainan video.” katanya.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here