Google Menutup Google+ Setelah Data 500 Ribu Pengguna Terdedah

255
**********

Google telah mengumumkan bawah mereka akan menutup Google+ untuk pengguna apabila laman rangkaian sosial tersebut terdedah kepada kelemahan keselamatan yang memberi kesan terhadap 500 ribu pengguna. Dipercayai bahawai beberapa ratus ribu data pengguna telah terdedah pada 2015 dan Mac 2018.

Namun Google mempercayai bahawa data pengguna telah disalahguna sebagai sebahagian Glitch. Masalah ketirisan maklumat ini telah mendedahkan maklumat peribadi kepada pengodam yang berpotensi seperti nama pengguna, jantina, alamat email dan pekerjaan. Menurut satu laporan, bug tersebut telah ditemui ketika pelancaran Project Strobe.

Disebabkan Google+ dihasil dengan privasi, maka mereka tidak boleh mengesahkan pengguna yang terkesan dengan bug ini. Namun mereka telah melakukan analisis selama 2 minggu dan mendapati 500,000 pengguna Google+ berpotensi untuk terkesan dengan masalah ini. Daripada analisis tersebut, 438 aplikasi telah mengguna API.

Google mendakwa bahawa setelah bug tersebut ditemui, ia kemudian telah ditambal. Sebagai tambahan, setelah menutup akaun pengguna, Google juga bercadang untuk mengubah polisi provasi sebagai langkah pencegahan pelanggaran berpotensi. hal ini termasuklah perubahan pada API yang mana memberi limit pada akses pemaju kepada data pengguna pada Gmail dan peranti android.

Google telah membuat keputusan untuk menutup Google+ selama 10 bulan yang akan datang. disebabkan kurang penglibatan pengguna. Versi Google+ untuk pengguna mempunyai penggunaan dan penglibatan yang rendah menurut Google.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here