Fungsi ‘Stickers’ Hadir Pada Kemas Kini Terbaharu WhatsApp

204
**********

Sebelum ini kami ada berkongsi dengan anda mengenai fungsi ‘Stickers’ yang akan hadir pada kemas kini terbaharu WhatsApp. Bermula semalam, pengguna Android dan iOS sudah boleh menggunakan fungsi ini, tetapi perlu membuat kemas kini pada aplikasi WhatsApp terlebih dahulu.

Terdapat sebanyak 12 pek stiker yang boleh dimuat turun secara manual termasuklah stiker Komo, Cuppy, Salty ataupun Banana dan lebih banyak sticker yang akan diperkenalkan pada masa akan datang. Namun begitu, buat masa ini ia hanya menyokong stiker statik sahaja, manakala stiker beranimasi pula akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Ada yang sudah mengemaskini WhatsApp dan menggunakan fungsi ‘Stickers’ ini?

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here