Facebook Membolehkan Pengguna iPhone Berkongsi Gambar ‘3D’?!

259
**********

Facebook hari ini telah memperkenalkan satu ciri baru untuk pengguna iPhone, di mana anda boleh berkongsi gambar yang di ambil ke laman sosial dan akan dipaparkan dalam bentuk ‘3D’.

Facebook menjayakan paparan ini dengan menggunakan sokongan dwi-kamera pada model iPhone, selain menggunakan kelebihan kecerdasan buatan dalam menghasilkan paparan seumpama gambar bergerak dan seakan tertimbul.

Bagi pengguna iPhone, anda boleh merakamkan gambar dalam bentuk ‘Potrait’ dan muat naik ke laman Facebook dalam bentuk 3D untuk melihat gambar dalam ‘3D’ ini. Jangan risau, kerana pengguna peranti lain masih boleh melihat gambar tersebut, hanya perlu mengerakkan telefon pintar ke kiri dan kanan untuk melihatnya daripada sudut berbeza.

Namun buat masa ini, tidak diketahui bila ciri ini akan diperluaskan ke peranti lain.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here