Ujian Beta EMUI 9.0 Pada Peranti honor 10, honor View 10 Dan honor Play

199
**********

 

Jenama telefon terkemuka, Honor mengumumkan bahawa mereka telah melaksanakan ujian beta EMUI 9.0 pada peranti honor 10, honor View 10 dan honor Play yang pertama kali dilaksanakan semalam, 16 Oktober 2018 pada peranti honor 10 and honor View 10 kemudian akan diikuti oleh honor Play pada 21 Oktober 2018.

Menurut Ketua Honor Malaysia, George Zhao Zhiwei, jenamanya sentiasa memperkenalkan produk yang diperlukan dan memudahkan pengguna.

“Jenama kami sangat komited bagi memperkenalkan inovasi teknologi yang terbaik. Kami konsisten memperkenalkan produk yang diperlukan oleh peminat dan pengguna.

” EMUI 9.0 yang baharu merupakan sistem operasi yang lebih konsisten dan pintar yang diperlukan oleh pengguna. Kami mendengar suara pengguna kerana maklum balas daripada mereka adalah sangat penting buat kami. Kami melibatkan mereka dalam kemaskini terkini dalam perisian terkini yang mana kami berharap agar dapat mengoptimumkan kepuasan pengguna,” katanya.

Kemas kini terbaharu ini akan memudahkan pengguna ketika menggunakan telefon Honor. Ia juga mampu untuk meramal tingkah laku pengguna dan memuatkan aplikasi dengan lebih pantas dan lebih efisen. Ia juga mempunyai Digital Balance yang baharu dan Easy Projection bagi fungsi yang lebih luas pada peranti tersebut.

Kepada pengguna-pengguna ketiga-tiga peranti  disebut boleh menjadi sebahagian dalam ujian Beta perlu melayari Link Beta test Emui 9.0 sebelum 25 Oktober.

 

Honor View 10 merupakan telefon Honor pertama ynag dilengkapi dengan Kirin 970 Chipset yang merupakan pemproses AI yang pertama di dunia. Dilengkapi dengan 6GB RAM dan NPU yang dipasang sekali bagi membenarkan pembelajaran yang mendalam terhadap sikap pengguna.

Baca juga: 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here