Eksklusif Hands-On : OPPO F9 Starry Purple

308
**********

Sebelum ini kami ada berkongsi dengan anda mengenai kejutan OPPO yang bakal memperkenalkan OPPO F9 dalam varian warna baru iaitu Starry Purple pada 2 Oktober ini (ESOK)!

Tampil sedikit berbeza berbanding varian warna sebelum ini, F9 Starry Purple dilihat lebih eksklusif dan menawan dengan mempunyai bahagian belakang yang berkilat seperti bintang berkilauan di atas galaksi ungu.

Lebih istimewanya kali ini ialah F9 Starry Purple turut didatangkan bersama kotak hadiah eksklusif edisi terhad berwarna ungu yang mana ianya dijual secara eksklusif di Lazada pada 3 Oktober 2018, pukul 12 tengahari (selagi stok masih ada).

Pelanggan yang membeli kotak hadiah edisi khas ini bakal menerima gincu Shiseido Rouge dalam warna Primrose (RS419) bernilai RM108 secara percuma dan juga kad servis solekan pantas hasil sentuhan daripada Shiseido. Pun begitu, harga jualannya masih lagi belum didedahkan kepada umum!

Haaa..Menarik kan? Apa-apapun kita tunggu sahaja sehingga pelancarkan rasmi esok, mana tahu pihak OPPO ada kejutan yang lagi ‘WOW’ untuk peminat di Malaysia!

Baca juga :

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here