Huawei Watch GT Hadir Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 2 Minggu

597
**********

Selain daripada telefon pintar dibawah siri-Mate, Huawei turut memperkenalkan jam pintar terbahru keluaran mereka iaitu Huawei Watch GT yang hadir dengan monitor degupan jantung menggunakan TruSeen 3.0.

Huawei Watch GT hadir dengan paparan berukuran skrin 1.39 inci OLED (454×454 piksel) berbentuk bulat, dijana cip pemprosesan dengan sokongan penggunaan tenaga rendah dan turut kalis air (boleh digunakan untuk memantau data berenang sehingga kedalaman 50 meter).

Jam tangan pintar ini beroperasi pada antaramuka jam dibangunkan oleh Huawei sendiri dan dikatakan mirip Wear OS. Selain itu, terdapat juga sokongan GPS untuk memantau aktiviti kecergasan, selain integrasi pengimbas nadi.

Melengkapi spesifikasi jam tangan ini adalah bateri sebesar 420 mAh dengan masa penggunaan : 2 minggu penggunaan standard, 30 hari pada mod tontonan (call, message dan sebagainya) dan 22 jam mod GPS.

Huawei Watch GT ini ditawarkan dalam dua versi iaitu Huawei Watch GT Sport pada  harga €199 (kira-kira : RM 957) dan Huawei Watch GT Classic pada harga €249 (kira-kira RM1,197) seunit.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here