Hadir Dengan Skrin 7.2 Inci, Huawei Mate 20X Beri Pengalaman Gaming Lebih Asyik

398
**********

Huawei nampaknya terus memberikan kejutan apabila turut memperkenalkan sebuah lagi peranti dibawah siri-Mate iaitu Huawei Mate 20X pada sidang perlancaran yang berlangsung di London. Mate 20X merupakan peranti yang memfokuskan kepada permainan mudah-alih.

Mate 20X mempunyai skrin berukuran 7.2 inci dengan menggunakan panel OLED. Kuasa dalaman Mate 20X nampaknya agak perkasa kerana dijana oleh cip pemprosesan terbaru Huawei daripada keluarga Kirin iaitu Kirin 980. Dalam pada itu, ia turut digandingkan dengan 6GB RAM dan storan dalaman sebesar 128GB.

Lebih menariknya lagi, Mate 20X turut dilengkapi dengan sokongan input berasaskan stylus khusus yang mana Huawei memanggilnya sebagai M-Pen di samping turut menyertakan sokongan penyejukan penggunaan Vapor Chamber.

Sokongan Penyejukan Penggunaan, Vapor Chamber

Dari segi peggambaran pula, Mate 20 X turut membawakan beberapa ciri-ciri daripada siri Mate 20 Pro iaitu termasuk sokongan tri-kamera 40-megapixel selain turut mempunyai keupayaan kalis air pada kadar IP53.  

Dijana dengan bateri berkapasiti 5000 mAh untuk masa penggunaan yang lebih lama melalui USB-C, Mate 20X ditawarkan dalam dua warna berbeza iaitu Midnight Blue dan Phantom Silver. Untuk harga jualan pula, ia dijual pada harga €899 (kira-kira : RM4317) untuk versi 6GB+128GB dan ketersediaan adalah bermula 26 Oktober 2018.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here