Data Saving Mode ditambah Pada Aplikasi Twitter

100
**********

Twitter telah melakukan satu update terkini bagi limit penggunaan data bagi aplikasi iOS dan Android. Update terbaharu ini telah menambah satu lagi fungsi pada tetapan aplikasi berkenaan yang mana ia akan menghalang sebarang Autoplaying bagi video dan memaparkan imej pada kualiti yang lebih rendah.

Pengguna masih boleh mengawal bagaimana video dan imej dimainkan bergantung kepada sambungan yang digunakan.

Fungsi terbaharu ini nyata memudahkan proses dan dapat membantu pengguna mengurangkan penggunaan data dengan hanya sekali tekan sahaja.

Justeru, Twitter telah menghasilkan versi data rendah bagi aplikasinya, iaitu Twitter Lite (Android) yang direka untuk rangkaian 2G dan 3G. namun begitu, ia hanya boleh didapati di 45 buah negara yang mempunyai akses mobile internet yang rendah.

Hal ini nyata mampu membantu pengguna khususnya yang tinggal di kawasan pendalaman yang mempunyai liputan internet yang lemah.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here