Buat Pra-Tempah Samsung Galaxy A7 (2018) Bermula 15 Oktober ~ 21 Oktober 2018

199
**********

Semalam Samsung Electronics Mobile telah memperkenal Samsung Galaxy A7 (2018) untuk pasaran tempatan pada harga RM1,299. Tidak sabar ingin menjadi orang pertama yang menggunakan telefon pintar ini? Ada berita baik buat peminat Samsung di luar sana!

Buat pra-tempah eksklusif Samsung Galaxy A7 (2018) akan bermula 15 Oktober sehingga 21 Oktober 2018 dan dapatkan tiga barangan menarik secara percuma yang bernilai RM302.

Di antara hadiah yang ditawarkan adalah Pelindung skrin Samsung (RM112), Mini Tripod (RM95) serta Mug Termos (RM95). Kepada yang berminat, anda boleh membuat pra-tempahan eksklusif Samsung Galaxy A7 di Harvey Norman, Seng Heng, SenQ, 11street, Lazada dan juga Shopee.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here