Beats By Dre Perkenalkan Warna Baru Untuk Solo 3!

266
**********
Dari kiri : Satin Silver dan Rose Gold

Umum mengetahui model iPhone terbaharu tidak mempunyai audio jack yang menyebabkan pengguna perlu menggunakan fon telinga atau fon kepala tanpa wayar.

Terbaru, Beats By Dre telah memperkenalkan pilihan warna baharu untuk fon kepala tanpa wayar Solo 3 iaitu Satin Silver dan Rose Gold. Sekali pandang warna tersebut sangat padan jika digandingkan dengan pilihan warna iPhone XS dan iPhone XR terbaharu ini. Jadi, tidak hairan lah jika selepas ini anda akan melihat peminat tegar iPhone masing-masing mempunyai fon kepala tanpa wayar keluaran Beats By Dre.

Apa yang menariknya Solo 3 ini, ia mempunyai jangka hayat yang agak lama iaitu sekitar 40 jam penggunaan dengan sokongan pengecasan pantas. Dengan 5 minit pengecasan, boleh mendengar muzik selama 3 jam. Beats Solo 3 boleh didapati dengan harga USD299.95 (kira-kira RM1,246). Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Beats By Dre.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here