**********
ZenFone Max Pro (M1)

ASUS ZenFone Max Pro (M1) telah dilancarkan di pasaran tempatan pada bulan Mei lalu dengan harga penjualan bermula dari RM 699 (Harga terkini: RM599). Seperti yang sedia maklum, peranti pintar ini ditawarkan dalam tiga versi berbeza iaitu 3GB RAM + 32GB ROM (RM599), 4GB RAM + 64GB ROM (RM849) dan 6GB RAM + 64GB ROM (RM999).

Seperti biasa, pasti ramai peminat ASUS akan mula bertanya apakah perbezaan di antara versi paling rendah 3GB + 32GB dengan versi tertinggi iaitu 6GB + 64GB? Agak-agak yang mana lebih berbaloi untuk dimiliki?

Baca Juga: Reviu Eksklusif: ASUS ZenFone Max Pro (M1), Peranti Berkuasa Pada Harga Serendah RM699

Oleh itu, di sini kami akan berkongsi beberapa info perbandingan spesifikasi antara ASUS ZenFone Max Pro (M1) versi 3GB dengan 6GB untuk rujukan anda semua. Mari sama-sama kita lihat perbezaan yang disenaraikan!

 

RAM

Perbezaan paling ketara yang boleh dilihat antara kedua-dua peranti ialah kapasiti RAM di mana penawaran dua kali ganda lebih besar pada versi yang paling tinggi. Dengan penawaran kapasiti RAM yang besar pada ZenFone Max Pro (M1) versi 6GB, ia akan menjanjikan prestasi yang lebih baik pada peranti anda tanpa sebarang gangguan yang menyebabkan ‘lag’.

ASUS ZenFone Max Pro (M1) versi 6GB (Gambar Kiri) , ASUS ZenFone Max Pro (M1) versi 3GB (Gambar Kanan)

 

STORAN

Selain RAM, kapasiti storan dalaman yang ditawarkan pada ZenFone Max Pro (M1) versi 6GB juga adalah dua kali ganda lebih besar iaitu 64GB. Dengan ruang storan sebesar 64GB ini, ia membolehkan anda menyimpan lebih banyak aplikasi tanpa perlu melakukan ‘pembersihan’ untuk memastikan prestasi peranti sentiasa pada tahap optimum. Haaa, rasa berbaloi tak?

ASUS ZenFone Max Pro (M1) versi 6GB (Gambar Kiri) , ASUS ZenFone Max Pro (M1) versi 3GB (Gambar Kanan)

Peranti pintar ini dibekalkan dengan tiga slot kad yang menempatkan dua SIM dan satu kad microSD. Dua slot SIM ini menyokong rangkaian 4G LTE dan slot untuk microSD pula menyokong sehingga 2TB. Ciri ini sangat berguna kerana membolehkan para pengguna menggunakan ketiga-tiga kad secara serentak.

 

KAMERA UTAMA

Perbezaan lain yang agak ketara antara kedua-dua peranti ini adalah di bahagian kamera hadapan. Seperti yang sedia maklum, ZenFone Max Pro M1 versi 3GB hanya hadir dengan gabungan dwi lensa 13MP + 5MP.

ASUS ZenFone Max Pro (M1) versi 6GB (Gambar Kiri) , ASUS ZenFone Max Pro (M1) versi 3GB (Gambar Kanan)

Lain pula dengan versi 6GB, di mana ia tampil lebih unggul dengan gabungan lensa 16MP + 5MP yang pastinya mampu memberikan kualiti gambar yang terbaik selain tampil lebih jelas dan terang.

ASUS ZenFone Max Pro (M1) versi 6GB

 

KAMERA SWAFOTO

Selain kamera utama, kedua-dua peranti ini juga terdapat perbezaan yang ketara pada bahagian kamera swafoto.

ZenFone Max Pro M1 6GB dilihat tampil lebih ‘kehadapan’ apabila dilengkapi dengan kamera swafoto sebesar 16 Megapiksel berbanding ZenFone Max Pro M1 3GB yang hanya hadir dengan 8 Megapiksel.

ASUS ZenFone Max Pro (M1) versi 6GB (Gambar Kiri) , ASUS ZenFone Max Pro (M1) versi 3GB (Gambar Kanan)

Hal ini membuktikan bahawa gambar yang diambil melalui versi 6GB ini akan menghasilkan foto yang lebih terang, jelas dan nampak cantik berbanding peranti versi 3GB.

Pada bahagian kamera swafoto juga, peranti ini dilengkapi dengan pencahayaan LED flash yang mana mampu menghasilkan gambar yang baik meskipun persekitaran subjek adalah gelap. Selain itu, ia juga turut hadir dengan efek bokeh yang mana kualitinya dilihat agak memuaskan kerana gambar yang dihasilkan menampakkan subjek dengan lebih tajam.

ASUS ZenFone Max Pro (M1) versi 6GB

 

HASIL GAMBAR 

Nak tengok hasil gambar yang diambil melalui ZenFone Max Pro M1 6GB? Scroll ke bawah okay! Enjoy!

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here