ASUS Umum Strix GL12CX – Gaming Desktop Power!

184
**********

ASUS semalam mengumumkan model terbaharu Strix GL12CX yang mana dilengkapi dengan ciri Factory-overclocked dan juga liquid-cooled gaming desktop dengan pemproses Octa-core 9th generation Intel® Core™ i9-9900K dan grafiknya ialah NVIDIA® GeForce® RTX yang memberikan pengalaman bermain permainan video yang mengagumkan.

Pemproses 9th Gen Intel Core ini dapat digunakan sepenuhnya melalui ROG Armoury Crate Software yang mana akan membenarkan pengguna menyesuaikan Aura Sync Lighting di dalam dan luar. Bagi model ini, ia dilengkapi dengan inovatif DIMM.2 Module yang mana boleh menangani dwi SSD Cooled dengan heatsink.

Pemproses ini dilengkapi dengan 8 cores dan 16 threads yang mana boleh melaksanakan high frame rate gaming sambil live-streaming, merakam permainan dan membuka beberapa lagi aplikasi yang lain.

Ia juga sangat sesuai untuk individu yang terlibat dalam bidang kreativiti dan mampu melaksanakan prestasi yang menakjubkan bebanan kerja yang berat seperti rendering, transcoding dan tugasan yang lain.

Model ini juga disertakan dengan Aura Gaming Lighting integration.

Dalam pada itu, ia juga dilengkapi custom Cooler Master CPU liquid cooler dengan tambahan 90mm kipas di bahagian belakang bagi memastikan suhu telefon ini disemak, mengelakkan hitches yang disebabkan haba dan memperlahankan prestasi.

ASUS Aura Sync juga membenarkan pengguna untuk menyeragamkan sistem pencahayaan dengan perkakasan serasi seperti tetikus, papan kekunci dan monitor.

Aura Sync lighting juga boleh bertindak balas dengan game seperti Call of Duty: Black Ops 4 yang baharu.

Dalam pada itu, Strix GL12CX ini juga mempunyai ASUS DIMM.2 module yang mana merupakan slot masuk ke dalam sistem baharu Z390 motherboard. Ini digunakan untuk menyediakan 2 sambungan M.2 bagi SSD. Disebabkan haba boleh memperlahankan prestasi, DIMM.2 module telah menggunakan heatsinks bagi setiap SSD. Tambahan ini membenarkan dwi NVMe® drives dan konfigurasi RAID boleh digunakan pengembangan(expansion) sementara yang lain boleh digunakan untuk Intel Optane™ memory mempercepat pemacu cakera keras (HDD) yang besar.

Strix GL12CX telah direka dengan sambungan yang luas untuk menyokong semua peralatan dan keperluan pemain. Sebagai tambahan, di bahagian hadapan terdapathot-swap SSD bay, di bahagian lain pula mengandungi 2 dalam 1 card reader, 2 USB 3.1 dan 2 USB 2.0 port. Ia juga dilengkapi dengan pemacu cakera optik. Di bahagian belakang pula menyediakan 6 USB port berserta dengan 5 audio jack dan penyambung digital S/PDIF bagi penerima yang serasi.

 

Baca Juga:

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here