ASUS ROG Phone Kini Rasmi Di Pasaran Tempatan, Harga Bermula RM 3,499

261
**********

ASUS hari ini secara rasminya telah melancarkan telefon pintar ‘gaming’ terbaharu mereka iaitu ASUS ROG Phone untuk pasaran tempatan yang mana dilihat hadir dengan sebilangan ciri menarik.

Pelancaran yang berlangsung di Battle Arena, Jaya Shopping Centre mendedahkan bahawa telefon yang menakjubkan ini dijana oleh cip pemproses Qualcomm Snapdragon 845 Mobile Platform dengan 10nm, 64-bit Octa-core.

Telefon ini hadir dengan kadar kelajuan 2.96GHz yang mana lebih laju daripada kebanyakan pemproses Snapdragon 845 di pasaran dan juga cip grafik Adreno 630 yang dikatakan cip grafik paling berkuasa daripada Qualcomm setakat ini.

Dalam pada itu, ROG Phone juga dilengkapi RAM sebesar 8GB yang mana didatangkan dengan pilihan storan dalaman sebesar 128GB dan 512GB. Ia turut didatangkan dengan sistem operasi Android Oreo 8.1 bersama bateri sebesar 4,000mAh yang menyokong fungsi pengecasan pantas (Quick Charge 4.0).

Dari segi keupayaan penggambaran, ROG Phone disertakan dengan gabungan dwi piksel 12MP dan 8MP. Manakala, dibahagian hadapan pula ia dilengkapi dengan lensa sebesar 8MP.

Telefon ini juga turut disertakan dengan beberapa ciri khas seperti Game center yang mana ia boleh memaparkan tahap GPU, CPU, berapa RAM yang digunakan dan berapa storan yang digunakan.

Lebih menariknya lagi, telefon ini juga mempunyai X Mode yang mana jika mode ini diaktifkan, paparan Wallpaper akan bertukar menjadi Flame Red dan tiada sebarang gangguan akan berlaku ketika bermain game.

Telefon ini turut dilengkapi dengan Game cooling system di bahagian dalam. Ia juga disertakan dengan kipas penyejuk yang boleh ditanggalkan yang dikenali sebagai Aero Active Cooler yang mana tetapan boleh dilakukan pada Game Center.1

128GB – RM3,499
512GB – RM3,999

Di Malaysia, ROG Phone dengan 8GB RAM dan 128 storan ditawarkan pada harga RM3,499 manakala model 8GB RAM + 512 ROM pula ditawarkan pada harga RM3,999 – pakej pembelian termasuk Aero Active Cooler & ROG Phone Case.

Bagi yang berminat, anda boleh membuat pra-tempahan untuk model ini bermula HARI INI sehingga 4 November depan! Dapatkannya daripada pengedar sah ASUS Malaysia atau juga boleh dibeli secara dalam talian menerusi laman e-dagang Lazada dan Shopee – berpeluang menerima ganjaran menarik termasuk GAMEVICE yang bernilai RM349.

Lebih istimewa lagi, telefon ini juga boleh dipadankan dengan beberapa aksesori seperti Twinview Dock, ASUS WIGIg Display Dock dan banyak lagi aksesori lain yang juga boleh dibeli secara berasingan dengan harga bermula RM199. Ketersedian adalah pada November kelak eksklusif di laman e-dagang Lazada.

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here