ASUS ROG Phone Dijangka Harga Bermula RM3000?!

128
**********

Ekoran berita yang dilaporkan oleh kami mengenai pengesahan SIRIM bagi peranti gaming ASUS ROG Phone, kini DirectD pula telah membuka pra-tempahan untuk peminat ROG Phone yang menunggu lama.

Menurut apa kami nampak, harga ASUS ROG Phone bermula pada RM3XXX, yang bermakna harga ini mungkin adalah untuk varian 256GB, sementara varian 512GB masih tidak diketahui lagi.

Peranti ini hadir dengan paparan skrin 6 inci AMOLED, dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 845 berkelajuan 2.96GHz, kad grafik Adreno 630, sokongan memori 8GB RAM serta 4,000mAh kapasiti bateri.

Dikhabarkan peranti ini akan menyambut perasmiannya pada akhir bulan Oktober nanti, jadi kita nantikan ketibaannya tidak lama lagi.

 

Baca juga: Pesaing Hebat Peranti Pintar Gaming Terbaru – ASUS ROG Phone

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here