ASUS ROG Phone Bakal Dilancar Di Malaysia Pada 22 Oktober

164
**********

Asus dijangka akan melancarkan telefon pintar terbaharu ASUS ROG Phone pada 22 Oktober ini di Malaysia.

Telefon ini didatangkan dengan pemproses Snapdragon 845 dengan 64-bit Octa-core Processor yang menawarkan Clock speed pada 2.96GHz, 8GB pada LPDDR4X RAM, 128GB atau 512GB bagi storan dalaman dan 6 inci skrin AMOLED dengan kadar 90hz.

Dari aspek kamera utama, ia didatangkan dengan sistem dwi-kamera dengan 12 MP + 8 MP. Ia juga dilengkapi dengan sensitiviti cahaya iaitu 6.25x yang boleh merakam dalam keadaan cahaya yang sedikit. Kamera belakang pula mempunyai 8MP dengan F2.0 aperture.

Bagi rakaman video pula, telefon ini mampu merakam video 4K UHD (3840 x 2160) pada 30 / 60 fps bagi kamera utama di bahagian belakang. Ia juga mampu melaksanakan rakaman video 1080p FHD  pada 30 / fps dan 720 HD pada 30 fps.

Sistem audio telefon ini pula, ia disertakan dengan dua speaker dan mempunyai 5-magnet speaker dengan dual NXP 9874 dengan penguat pintar (smart amplifier) untuk bunyi yang kuat, dalam dan kurang gangguan.

Telefon ini juga turut disertakan dengan sensor pengecaman jari di bahagian belakang yang mana ia mengambil masa hanya 0.3 saat untuk unlock telefon. ia juga turut disertakan dengan pengecaman muka, Accelerator, E-Compass, Gyroscope, Proximity sensor, Ambient light sensor, Ultrasonic sensor for AirTriggers dan grip press.

Bagi bateri telefon ini, ia menyediakan 4000mAh supaya pengalaman permainan video anda tidak mempunyai sebarang gangguan.

Harga jualan bagi telefon ini masih belum dapat dipastikan.

Baca Juga:

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here