Ikuti Perkembangan Belanjawan 2019 Terus Dari WhatsApp!

157
**********

Pada 2 November 2018, Belanjawan 2019 akan dibentangkan oleh pihak kerajaan. Ia pastinya dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia memandangkan belanjawan kali ini akan disampaikan oleh kerajaan baru, yang menyampaikan serba sedikit perancangan kerajaan untuk negara sepanjang tahun hadapan.

Menariknya, kali ini pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah mengumumkan bahawa rakyat boleh mengikuti perkembangan terkini mengenainya terus ke telefon pintar melalui aplikasi WhatsApp. Pengguna WhatsApp hanya perlu menghantar ‘Hello MOF’ ke nombor 011-1000 3001.

Apabila sudah mendaftar, anda akan menerima berita terkini mengenai Belanjawan 2019 melalui akaun WhatsApp dengan segera semasa ianya dibentangkan. Ini sekaligus memudahkan penguna yang sibuk dengan tugasan harian untuk mengikuti belanjawan ini dengan lebih dekat.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here