11street, Boost Jalin Kerjasama Tawar Perkhidmatan eDompet

186
**********

11street nampaknya mengorak langkah maju ke hadapan menerusi penembusan pasaran pembayaran tanpa tunai dengan kerjasama dengan Boost, iaitu dompet gaya hidup mudah alih (eDompet)

Kerjasama ini merupakan yang pertama seumpamanya dalam perkhidmatan eDompet yang membolehkan pelanggan membayar menerusi laman web dengan lebih mudah serta selamat melalui kod QR dan kemasukan nombor PIN pada platform eDagang.

Bagi memantap dan memperkuatkan lagi jalinan tersebut, 11street turut menyepadukan ‘storefront’ mereka dengan aplikasi Boost yang mana dengan hanya satu klik pada menu ‘Online Shopping’, pengguna Boost kini boleh terus mengakses portal 11street.

Bersempena kerjasama itu juga, 11street dan Boost turut menawarkan ‘Boosted Daily Deals’ untuk sejumlah barangan eksklusif bermula 28 September yang mana menawarkan pelbagai barangan menarik termasuk telefon mudah alih, pembesar suara dan televisyen pintar LED.

Pada masa yang sama, mereka turut melancarkan Kempen ‘Win A Car’ yang bermula pada 28 September hingga 30 November 2018. Menerusi kempen ini, pelanggan berpeluang untuk membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM86,000 termasuk hadiah utama sebuah kereta MyVi baharu.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here