Lebih 1,000 Unit Honor 8X Terjual Dalam Masa Hanya 20 Minit!

199
**********

Kehadiran Honor 8X baru-baru ini ternyata satu pencapaian yang sangat terbaik buat industri telefon pintar di pasaran tempatan di samping turut diterima baik oleh para pelanggan di seluruh pelusuk dunia.

Lebih mengejutkan, jualan telefon tersebut dikatakan mencatatkan rekod luar biasa apabila sebanyak lebih daripada 1,000 unit telah terjual dalam masa hanya 20 minit di laman Shopee dan Hi Honor sejak permulaan penjualannya pada jam 9 pagi tadi!

Kejayaan ini sekaligus membuktikan bahawa Honor 8X sememangnya satu ciptaan terhebat untuk telefon pintar pada masa kini di samping menawarkan pelbagai spesifikasi ‘padu’ pada harga yang memang mampu milik – RM949!

Menariknya lagi, pelanggan terawal yang membuat pembelian turut menerima pelbagai hadiah menarik termasuk 1x kotak hadiah istimewa, 1x Honor 8X Flip Cover, baucar bernilai RM100 dan juga ganjaran tambahan lain berupa Shopee Coin bernilai RM50-**bergantung pada stok.

Bagi anda yang terlepas jualan istimewa hari ini, anda tidak perlu kecewa kerana anda boleh membuat pembelian Honor 8X pada roadshow yang bakal berlangsung pada 13 dan 14 Oktober ini di senarai lokasi berikut :

Tempoh Promosi

Lokasi

Hadiah Percuma (Setiap pembelian satu unit)

13 – 14 Okt

(10AM dan seterusnya)

MyTown Shopping Centre, Cheras

1x kotak hadiah istimewa, 1x Honor 8X Flip Cover, 1 X Honor Band 3, Baucar bernilai RM 50, 1x Beg Galas Honor

Klang Parade, Klang

Prangin Mall, Penang

Sutera Mall, Johor Bharu

Pada roadshow tersebut juga, pengunjung berpeluang beramah mesra bersama duta Honor iaitu penyanyi rapper Malaysia terkenal, SonaOne. Selain itu, perngunjung juga bakal dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada pemenang #1millionperformance TikTok, iaitu Kaile di samping berpeluang memenangi Honor 8X secara percuma.

Tidak ketinggalan, pembeli juga akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM266 (Honor Band 3 dan Honor 8X Flip Cover) di kedai Honor terpilih di seluruh negara. Pun begitu, penawaran hadiah tersebut adalah terhad untuk 20 unit sahaja bagi setiap kedai. Untuk menyemak senarai kedai terpilih, sila klik di SINI.

Baca juga :

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here